CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, May 26, 2009

KULIAH 6 - CIK HJH HALIMAH HARUN

Minggu 6 (25 Mei 2009)

AKTIVITI 1 - PROFIL DIRI
  • Nama
  • No.Matrik
  • Alamat
  • Status
  • Program
  • Ijazah yang diterima dari Universiti mana
  • Nama guru yang disukai dan kenapa pilih sebagai idola
  • Nama guru yang tidak disukai dan mengapa?
  • Kenapa mahu menjadi guru?
  • Perihalkan peranan seorang guru
  • Lukis gambar pokok dan tulis tarikh lahir
Kesimpulan:
Profesion sebagai seorang guru adalah profesion berkongsi ilmu dengan pelajar-pelajarnya. Tugas utama guru ialah berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman dengan anak didiknya di sekolah. Dr. Halimah mengingatkan kami (bakal-bakal guru lepasan DPLI UKM) bahawa hari pertama di sekolah, guru perlu mengenali pelajar-pelajarnya di dalam kelas. Selain itu, guru yang cemerlang adalah guru yang berjaya mengenali ilmu dahulu agar penyampaian pengajarannya dapat difahami oleh pelajar-pelajar.

Disebalik lukisan pokok yang telah dilukis oleh kami rupa-rupanya bermotif dan ia menggambarkan keperibadian seseorang sebagai seorang guru. Lukisan pokok yang besar menunjukkan seseorang itu memiliki sikap yakin diri dan berpendirian teguh manakala pokok yang kecil sebaliknya. Setiap bahagian pokok yang dilukis mempunyai ciri-ciri karakteristik bagi seseorang individu.

AKTIVITI 2 - PERBINCANGAN KUMPULAN (2 ORANG)
  1. Norhidayu Mohd Naim
  2. Noriza Bt. Mohd Jidin
Pembentangan Kajian Tindakan di Seminar Serantau
Tempat: Bilik Sri Mahang
Sesi: Selari 4D
Tajuk: Meningkatkan Pencapaian Matematik Pelajar Tapung Hilir Kampar Riau Menggunakan Model Pembelajaran Kooperatif Kaedah STAD.
  1. Kenapa dipanggil Kajian Tindakan?
  • Kajian ini bertujuan untuk memperbaiki proses pembelajaran dan meningkatkan pencapaian matematik pelajar sekolah rendah melalui penerapan modelpembelajaran kooperatif (STAD) dengan pendekatan induktif.
  • Kajian ini melibatkan 4 perkara asas dalam melaksanakan kajian tindakan iaitu rancang (plan), tindakan (act), pemerhatian (observe) dan refleksi (reflect).
  1. Bagaimana Kajian dilaksanakan?
  • Kajian dilaksanakan melalui pemerhatian aktiviti-aktiviti secara berkumpulan yang dilakukan guru semasa proses pembelajaran kepada pelajarnya.
  • Aktiviti dirancang mengikut topik matematik dan pelajar dibahagikan kepada kumpulan dimana, pelajar yang cerdik akan membantu rakannya yang lemah dalam satu kumpulan.
  1. Prosedur yang digunakan untuk laksanakan kajian tindakan.
  • Guru mengajar dan memberi topik matematik kepada pelajar.
  • Pelajar dibahagi-bahagikan kepada beberapa kumpulan dan guru menyediakan aktiviti secara berkumpulan kepada pelajar.
  • Pelajar yang lemah akan membantu pelajar cerdik.
  • Pemerhatian akan dilakukan oleh pemerhati dan refleksi akan dilakukan terhadap cara pengajaran guru tersebut untuk memperbaiki mutu pengajarannya.
  • Kemudian, pelajar-pelajar akan diuji kefahaman mereka melalui ujian individu untuk mengesan kefahaman dan keberkesanan teknik pengajaran yang digunakan oleh guru.
  • Data yang diperolehi akan dianalisis melalui data aktiviti guru dan pelajar dalam pembelajaran, serta hasil ujian pelajar.
  • Kajian dapatan diperolehi dengan melakukan 2 kali kitaran (siklus) mengikut Model Kemmis.

0 comments: