CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, May 3, 2009

AKTIVITI DALAM KULIAH

Aktiviti 1 (Individu)
Refleksi BIG
Penambahbaikan dalam diri:
  1. Perlu bijak mengurus masa dengan sistematik.
  2. Sifat sukarela yang kurang dalam diri.
  3. Kurang keyakinan (nervous) apabila bercakap di khalayak ramai.
  4. Perlu bersifat kepimpinan yang tinggi dalam diri.
  5. Perlu lebih kreatif dan kritis dalam memberi idea ketika sesi LDK.
Matlamat:
  • Memantapkan insaniah sebagai seorang guru yang profesional (holistik dan versatile).
Objektif:
  • Dapat mengurus dan megatur masa dengan lebih sistematik.
  • Menjadikan diri suka tampil ke hadapan/berani bercakap di khalayak ramai.
  • Menjadi seorang ketua/pemimpin yang bertanggungjawab.
  • Menjadi seorang yang memiliki banyak idea, pengetahuan dan informasi tentang pengetahuan am dan umum.
Pelan Tindakan:
  • Latih diri untuk menghargai masa dengan membaca buku ilmiah mengenai pengurusan masa, mendengar motivasi penceramah dan tingkatkan disiplin dalam diri. Saya juga perlu menyediakan jadual harian supaya pengurusan dalam kehidupan saya lebih teratur.
  • Selalu berlatih untuk bercakap di khalayak ramai kerana 'practice make perfect'. Saya juga perlu menenangkan diri dan berfikiran positif ketika bercakap. Sifat keyakinan diri boleh dipupuk melalui aktiviti yang mencabar seperti abseiling.
  • Memperbanyakkan pembacaan mengenai 'bagaimana untuk mencari seorang pemimpin'. Saya kurang memberikan arahan kepada ajk2 kecil saya ketika menguruskan peralatan BIG. Mungkin saya kurang pengalaman dan tidak tahu bagaimana untuk memberikan arahan mengenai pengurusan ajk peralatan. Saya perlu lebih banyak belajar daripada kawan-kawan dan bertanya jika tidak tahu.
  • Saya perlu mendedahkan diri dalam pelbagai bidang untuk menambahkan lagi pengetahuan, pengalaman dan kegiatan sosial dalam masyarakat. Saya perlu menambahkan minat untuk membaca bahan-bahan ilmiah dan bahan bacaan lain yang dapat menambah pengetahuan saya meliputi semua aspek.
Pengumpulan Data:
  • Data-data akan saya perolehi daripada komen rakan-rakan melalui 'questionaire' yang disebarkan dikalanagn pelajar DPLI. Daripada data itu, saya dapat melihat kekurangan diri yang perlu diperbaiki.
  • Saya perlu lebih mengaktifkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial yang mendatangkan faedah dengan membuat atau bertanya soalan kepada pakar di dalam bidang-bidang tertentu.
  • Membuat jadual mengikut kemampuan diri saya. Jika tidak menunjukkan hasil, saya perlu mengubah masa dan aktiviti jadual.
Pemantauan:
  • Pemantauan dilaksanakan dengan bertanya kepada rakan-rakan akan prestasi diri saya. Saya akan mencuba sesuatu yang baru dalam diri supaya saya sendiri dapat melihat perubahan dalam diri saya dan rakan-rakan akan memerhati dan menilai kebolehan saya.
  • Pemantauan juga perlu dilakukan secara istiqamah untuk memastikan perubahan yang berkesan dalam diri saya.
Penilaian:
  • Penilaian akan dilakukan untuk memastikan tindakan dan usaha saya mencapai objektif atau saya memerlukan strategi yang lain bagi mengatasi masalah saya. Penilaian dapat dilihat daripada hasil tindakan, iaitu prubahan yang berlaku dalam diri saya.
  • Penilaian juga dibuat oleh rakan-rakan saya dengan bertanya kepada mereka tentang perubahan yang mereka dapat lihat dalam diri saya. Komen dan cadangan mereka akan saya ambil untuk menambahbaik potensi diri.

Aktiviti 2 (Kumpulan)
  • Norhidayu Mohd Naim
  • Noor Azima Zohari
  • Mohd Faizal Mahmod
Refleksi Sesi Pengajaran & Pembelajaran (P&P)

Contoh Tajuk: Mitosis

1. Refleksi ke atas masalah/penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • Kaedah penyampaian yang kurang berkesan menyebabkan pelajar kurang menumpukan perhatian kepada P&P.
  • Keadaan persekitaran yang kurang /tidak kondusif. Hal ini boleh menyebabkan guru dan pelajar akan hilang fokus dan proses P&P terganggu.
  • Guru kurang membuat persediaan dan tidak mengikut 'flow' yang dirancang dalam Rancangan Harian. Ini menyebabkan guru akan hilang arah tuju dan objektif pengajaran tidak dapat dicapai sepenuhnya.
2. Cadangkan strategi/kaedah pengajaran bagi mengatasi masalah tersebut.
  • Guru perlu membuat aktiviti yang boleh menarik minat pelajar dengan mengaitkan tajuk pengajaran dengan kehidupan seharian mereka. Kaedah ini lebih berkesan untuk menambahkan lagi kefahaman pelajar tentang topik tersebut dan dapat menarik perhatian mereka. Justeru, proses P&P akan menjadi lebih menarik. Guru juga boleh menggunakan pendekatan seperti penggunaan video dan model untuk penerangan yang lebih jelas.
  • Guru haruslah melakukan rancangan pengajaran, iaitu rancangan harian yang lebih teliti dan tersusun agar segala matlamat dan objektif pengajaran dapat disampaikan dan diterapkan ke dalam diri setiap pelajar. Lakukan latihan mengajar terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas bagi memastikan segala rancangan pengajaran dapat dilaksanakan.
  • Guru perlu memastikan agar suasana pembelajaran sentiasa menyeronokkan. Ini dipengaruhi oleh sikap pelajar dan keadaan persekitaran kelas. Keadaan kelas yang selesa membantu sesi P&P berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.



0 comments: