CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, May 24, 2009

Ulasan Buku

  1. Nama pengarang: Collin Lankshear & Michele Knobel
  2. Tahun terbitan: 2004
  3. Tajuk buku: A handbook for Teacher Research: From design to implementation
  4. Negeri penerbit: New York, USA
  5. Nama penerbit: British Library
  • KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan dikihat sebagai keperluan penting untuk guru-guru dalam membantu mereka membangunkan profesion seorang pendidik di sekolah dan bergabung berkongsi idea dan isu bagi memperbaiki amalan pengajaran di dalam kelas. (Fishman & Mc Carthy, 2000). Kajian tindakan adalah inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh peserta dalam situasi sosial itu sendiri (pengamal/guru/pendidik) sebagai penyelidik melalui tindakan praktik (intervensi) mereka sendiri yang bertujuan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing, disamping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan.

Kajian tindakan merangkumi 4 perkara asas yang perlu dilaksanakan mengikut urutannya iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek.

  • MENGAPA GURU PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN??

Menurut buku ini, kajian tindakan dapat membantu guru dalam:

  • mengenalpasti punca masalah amalan pengajaran dan pembelajarannya di dalam kelas yang kurang efektif.

  • memperbaiki teknik pengajaran yang boleh menarik minat pelajar-pelajar.

  • membuat sesuatu yang kreatif dan kritis dalam proses p&p di dalam kelas.

  • meningkatkan hasil produk yang bermutu dalam melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang di sekolah.

  • meningkatkan lagi pengetahuan dan pengalaman profesionalisme sebagai seorang pendidik.

  • REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN
    • Model yang digunakan

    1. Gelungan Skema Kajian Tindakan Berterusan (Kim, 1992)
    • - model ini melibatkan 5 langkah asas iaitu (kenalpasti mslh, rancang, bertindak, perhati dan analisis & reflek dan menilai) dalam satu gelungan dan akan diikuti gelungan kedua dalam kajian yang dilaksanakan secara berterusan.
      - gelungan kajian kedua diteruskan melalui aktiviti yang selanjutnya iaitu (rancang semula, laksana tindakan lanjutan, perhati & analisis tindakan lanjutan, reflek dan menilai tindakan lanjutan).
      - gelungan ini akan terus berlanjutan sehingga hasil kajian menunjukkan pencapaian yang berkesan kepada pelajar, guru dan pentadbiran.

    • Sampel / participant

    Sampel yang digunakan dalam kajian tindakan yang dilaksanakan kebanyakkannya adalah dikalangan komuniti di sekolah itu sendiri iaitu pelajar, guru dan pentadbiran sekolah.
    - Pelajar: Sampel ini diambil ketika kajian dilakukan di dalam kelas yang terlibat.
    - Guru: Sampel ini diambil di kalangan guru-guru matapelajaran yang sama atau berbeza.
    - Pentadbiran: Sampel ini diambil untuk mendapatkan sokongan bagi kajian yang dilaksanakan dan membantu guru mencapai matlamat sekolah yang cemerlang.

    • Seting kajian
    • - Kajian tindakan yang dilaksanakan banyak melibatkan persekitaran di kawasan sekolah, iaitu di dalam kelas dan di luar kelas seperti di bilik guru.


  • PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN

    Prosedur Kajian Tindakan yang dilaksanakan mempunyai beberapa langkah yang tetap dalam satu kitaran yang perlu diikuti iaitu:

    Langkah 1: Mengenalpasti isu, masalah atau situasi yang ingin dikaji.

    • Masalah atau isu-isu di sekolah seperti kurikulum, pentadbiran, proses pengajaran-pembelajaran dan program kokurikulum ini perlu dikenalpasti terlebih dahulu dalam melaksanakan kajian.
    • Setelah isu/masalah kajian ditentukan, objektif kajian perlu ditulis dengan jelas.

    Langkah 2: Merancang penyelidikan

  • Untuk merancang kajian (penyelidikan), perlu melibatkan guru yang ramai untuk mendapatkan idea dan usul yang berkesan dalam menyelesaikan sesuatu isu kajian. Antara rancangan yang perlu dititikberatkan dalam merancang kajian tindakan ialah:

  • rancang langkah-langkah tindakan yang akan diambil.

  • rancang tugas/ tanggungjawab/ aktiviti baru.

  • rancang cara-cara pemantauan yang akan dibuat.

  • rancang keperluan lain/ masa yang diperuntukkan.

  • rancang cara mereflek.

    Langkah 3: Melaksana tindakan (bertindak) Langkah ketiga ini merupakan peringkat dimana guru perlu melaksanakan strategi kajian tindakan yang telah dirancang dalam langkah 2 seperti aktiviti atau program untuk menyelesaikan sesuatu masalah kajian.

    Langkah 4: Membuat pemerhatian

  • Apa yang berlaku pada peringkat ini adalah penyelidik (guru) akan mengumpulkan data dan maklumat hasil kajian tindakan yang telah dilaksanakan. Pemerhatian selalunya dibuat untuk mengesan kesan tindakan terhadap tingkah laku dan reaksi terhadap tindakan yang dijalankan. Pemerhatian yang berlaku secara langsung adalah mencatat terus nota ke dalam buku catatan (diari, jurnal/buku log) melalui apa yang dilihat seperti pergerakan guru/ pelajar, dan suasana pembelajaran di dalam kelas.


  • PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA
    • instrumen kajian
      • Antara instrumen yang digunakan ketika menjalankan kajian seperti kertas ujian, soalan soal selidik dan pita rakaman.
    • teknik pengumpulan data
      • Untuk mendapat maklumat yang lengkap dan penting dalam KajianTindakan, guru perlu mengutip pelbagai bentuk data. Ini kerana, setiap bentuk data mempunyai fungsi tertentu untuk memberikan maklumat kepada kajian yang dijalankan. Terdapat pelbagai kaedah mengumpul data yang dicadangkan iaitu:

      i) Pemerhatian
      • Pengkaji perlu memiliki pengetahuan&pemahaman yang luas mengenai situasi yang dikaji.
      • Melibatkan aktiviti meneliti & berfikir secara original dan kritikal tentang sesuatu situasi.
      • Aspek penting: pemerhatian dijalankan secara sistematik.Data yang dikutip melalui cara ini mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi jika dikutip scra teratur&pada masa sebenar kajian.
      • 3 aspek penting dalam melakukan pemerhatian: 1) Tumpuan pemerhatian (siapa, di mana); 2) masa pemerhatian (adakan pada masa yang berlainan untuk dapatkan kepelbagaian maklumat); 3) cara pemerhatian (bagaimana dicatat, teknik, prosedur pemerhatian (catat data-data penting serta-merta semasa pemerhatian dalam bentuk nota).

ii) Tinjau dan kutip bahan-bahan dokumen

  • Dokumen membekalkan maklumat berkaitan masalah yang dikaji dan penting untuk fahami tujuan, rasional dan sejarah program.

  • Dokumen-dokumen yang boleh digunakan untuk kutip data dalam KT seperti: Sukatan dan rancangan pelajaran, Kertas peperiksaan dan ujian, Laporan kurikulum, Minit mesyuarat panitia, Foto aktiviti pelajar dalam kelas dan Bab-bab buku teks yang dikaji

iii) Rakaman pita video/ transkrip

  • Rakaman video dapat mengesan perlakuan guru, pelajar dan fakta-fakta yang tidak dapat dikesan oleh guru dalam kajian tindakannya yang dijadikan data-data untuk dikumpul.

  • Rakaman juga dapat mengukur dan menilai kegiatan pelajar (individu & kumpulan) dalam aktiviti kelas. Transkrip pula boleh menilai kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep yang diajar oleh guru.

iv) Temubual

  • Kaedah ini membantu penyelidik mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam.

  • Antara sampel yang penting untuk ditemubual ialah pelajar-pelajar, guru-guru yang mengajar subjek sama dan pihak pentadbiran sekolah (pengetua /PK).

  • Penting untuk mendapatkan idea, perasaan dan sikap mereka terhadap kajian tindakan yang dijalankan di sekolah tersebut.


    TEKNIK PENGANALISISAN DATA

  • Proses analisis membantu mendalami data secara dekat dan jelas. Ia juga membantu untuk penyelidik menkangkakan perkara yang sedar atau tidak sedar berlaku.

  • Teknik-teknik membuat analisis:

  • Meneliti data secara menyeluruh – tetapkan kategori data – teliti semula & bahagikan data ikut kategori. Buat proses sumbangsaran (dapatkan idea)- buat refleksi idea – kumpul idea yang tak berkenaan – semakan semula data – buat senarai rangka isi – silang rujukan rangka isi – buat refleksi pada senarai.

  • Analisis secara perbincangan

  • Setelah data dikumpul, penyelidik akan membuat analisis statistical untuk merumus dan menjelaskan dapatan kajiannya. Ada 2 cabang statistic yang digunakan iaitu diskriptif dan inferensial.

  • Discriptive: to organize collected data so it is easier to comprehend.

  • Inferential: to draw inferences about some population of interest based on sample from whole population.

    ETIKA KAJIAN TINDAKAN (research ethics)

  • Etika dalam melaksanakan penyelidikan merupakan aspek yang penting dan perlu dititikberatkan kerana dalam melaksanakan seauatu kajian tindakan, kita akan melibatkan banyak pihak yang akan terlibat secara langsung atau tidak langsung seperti guru, pelajar, ibu bapa dan pentadbir. Semua pihak ini perlu dihormati bagi melindungi mereka daripada dieksploitasi oleh pihak yang ingin mengambil kesempatan atas kepentingan sendiri.

    Dengan adanya etika dalam kajian tindakan, guru-guru akan terselamat daripada menjadi mangsa tekanan dan menjadi bahan eksploitasi pihak atasan dan memudahkan guru untuk menjalankan kajian tindakan. Antara etika yang dibentuk dalam melaksanakan kajian tindakan ialah:

    • Mempunyai rekabentuk kajian yang sah.
    • Mendapatkan keizinan daripada pihak termaklum.
    • Mengelak penipuan berlaku.
    • Meminimumkan pencerobohan.
    • Memastikan kerahsiaan.
    • Meminimumkan risiko merosakkan.
    • Menunjukkan penghormatan.
    • Mengelak paksaan atau manipulasi.


  • KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN TINDAKAN (Reliability & Validity)
    • Kebolehpercayaan (Reliability)
      • Merujuk kepada kestabilan pengukuran atau ujian daripada seorang kepada yang lain. Ini bermaksud, guru penyelidik perlu yakin bahawa keputusan yang diperoleh tidak melebihi pentadbiran yang berbeza mengenai ujian, borang alternative dan markah ujian atau pengukuran yang lain.
    • Kesahan (Validity)
      • Kesahan disini perihatin kepada 'inferred meaning' daripada keputusan yang diperoleh melalui ujian, soal selidik, pemerhatian dan sebagainya.

  • PENILAIAN KESELURUHAN BUKU

    Buku ini sangat sesuai dijadikan panduan kepada guru-guru di sekolah untuk menjalankan atau melaksanakan kajian tindakan di sekolah. Ini kerana, semua maklumat mengenai kajian tindakan seperti pendekatan kepada kajian tindakan, prosedur-prosedur melaksanakan kajian tindakan serta contoh-contoh mengenaikajian tindakan juga disertakan untuk rujukan bersama. Kita boleh mendapatkan input-input yang baru kerana kajian ini dijalankan di luar Negara kita. Oleh itu, saya mencadangkan kepada warga pendidik dan rakan-rakan seperjuangan saya menjadikan buku 'Kajian Guru' ini sebagai langkah awal untuk 'menjelajah' dan memahami konsep kajian tindakan yang tepat. Semoga, hasil usaha saya dalam mmentelaah dan mengkaji buku Teacher Research ini dapat membantu saya mahir dan professional dalam melaksanakan tugasan kajian tindakan yang bakal diberi oleh Dr. Siti Fatimah. Wassalm…

0 comments: