CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, April 26, 2009

KEPENTINGAN KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan mempunyai beberapa kepentingan kepada guru-guru di sekolah, kerana di sini guru memainkan peranan sebagai seorang penyelidik yang mengkaji sistem P&P nya di kelas...Pelaksanaan kajian tindakan di dalam kelas ini bertujuanuntuk:

  • meningkatkan keberkesanan pengajaran guru.
  • meningkatkan prestasi pencapaian murid.
  • mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran dalam sesuatu subjek.
  • membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran.

Selain bertujuan untuk menangani masalah pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan pencapaian rendah di kalangan murid, Kajian Tindakan juga boleh dijadikan strategi untuk memperbaiki lagi pencapaian murid yang berada pada tahap baik ke tahap cemerlang.


Saturday, April 25, 2009

JENIS-JENIS KAJIAN TINDAKAN

Terdapat 2 jenis kajian tindakan menurut Creswell (2005):

1. kajian tindakan amalan (practical action research)

  • melibatkan peninjauan tentang amalan pengajaran guru dalam konteks isu-isu di dalam bilik darjah.
  • dijalankan sama ada melalui dirinya sendiri atau pun melibatkan rakan sejawat beliau yang mengajar mata pelajaran yang sama dengan memberi fokus terhadap amalan guru dan pembelajaran pelajar.
  • guru mesti melaksanakan satu pelan tindakan bagi mencapai matlamat beliau sebagai seorang guru penyelidik (teacher as researcher).
2. kajian tindakan penyertaan (participatory action research)
  • melibatkan kajian tentang isu-isu sosial yang menghindarkan perkembangan pelajar.
  • guru perlu meninjau latar belakang sosial pelajar dan persekitaran sekolah.
  • guru perlu mengadakan kolaborasi dengan komuniti atau pihak berkepentingan bagi mencari sebab musabab kenapa seseorang pelajar itu tidak boleh menguasai ilmu.
  • guru boleh melaksanakan program untuk mengubah “cara hidup” pelajar (life-enhancing changes) apabila masalah pelajar dikenalpasti.
  • cara ini akan menjadikan guru sebagai “emancipated researcher” ataupun guru yang membebaskan pelajarnya daripada sesuatu “belenggu” yang mencegah perkembangan pelajar.
  • digelar dengan berbagai-bagai nama seperti: community-based inquiry (Stringer, 1999), collaborative action research or participatory research (Kemmis & McTaggart, 2000) atau critical action research (Mills, 2000).

KITARAN KAJIAN TINDAKAN


Kitaran ini menunjukkan proses pelaksanaan dalam kajian tindakan yang merangkumi 4 perkara asas iaitu:
  1. MERANCANG (PLANNING)
  2. BERTINDAK (ACTING)
  3. MEMERHATI (OBSERVING)
  4. MEREFLEK (REFLECTING)
  • Langkah-langkah ini dilaksanakan secara berurutan dalam bentuk gelungan.
  • Gelungan dalam rajah di atas menggambarkan proses pelaksanaan tanpa penghujung.
  • 4 proses ini akan dilaksanakan apabila sesuatu masalah atau kelemahan P&P di dalam kelas mahu diatasi.
  • Guru atau pengkaji akan cuba menangani satu masalah tertentu seperti meningkatkan penguasaan sesuatu kemahiran dalam sesuatu mata pelajaran dengan mencuba pelbagai aktiviti P&P untuk menangani masalah itu.
  • Pemerhatian yang teliti dan membuat catatan semasa kajian berlangsung perlu dilakukan untuk mengelakkan kesukaran untuk mengesan dengan tepat kelemahan aktiviti yang dilaksanakan.
  • Proses kajian yang dilaksanakan untuk menangani masalah-masalah pembelajaran yang telah dikenalpasti berlaku berterusan sehingga semua masalah dapat diatasi.



APA ITU KAJIAN TINDAKAN?

  • Kajian tindakan bermula dengan timbulnya satu masalah dalam proses P&P yang dihadapi oleh guru. Masalah ini kan cuba diselesaikan dengan melakukan perancangan untuk mengatasinya, bertindak mengikut strategi yang dirancang, mengumpul data dan memerhati strategi penyelesaian dan diakhiri dengan kesan refleksi daripada hasil tindakan tersebut. Jika penyelesaian masalah masih belum memuaskan, kitaran kajian tindakan ini (iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek) akan diulang sehingga objektif tercapai.

  • Kajian tindakan merupakan satu orientasi kepada penyelidikan berbanding kaedah. Kajian tindakan bukanlah satu kaedah.
  • Kajian ini menggabungkan siasatan dengan tindakan seperti satu cara perubahan merangsang dan menyokong serta sebagai langkah menaksir kesan perubahan itu.

  • Terdapat EMPAT langkah asas dalam melaksanakan kajian tindakan iaitu MERANCANG, BERTINDAK, MEMERHATI dan MEREFLEK yang dilakukan secara berurutan dalam bentuk gelungan.