CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, May 12, 2009

NOTA KULIAH MINGGU 4

Tujuan Kajian Tindakan Dilaksanakan (tambahan)

  • Guru menyelidik secara sistematik ke atas sesuatu strategi/amalan pengajaran bagi tujuan penambahbaikan.
  • Penambahbaikan bermaksud bagaimana sesuatu kemahiran atau strategi dapat meningkatkan impak kepada perkembangan.
Apa itu....
membanding dan membeza?
  • ciri persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kaliti dan unsur sesuatu peristiwa.
menganalisis?
  • Definisi: Kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.
  • mengolah maklumat kepada bahagian2 yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep dan mencari makna yang tersirat.
menilai?
  • membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan & kelemahan berdasar bukti / dalil yang sah.
kesimpulan?
  • membuat pernyataan tentang hasil kajian berdasarkan hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.
mensintesis?
  • menggabungkan idea2, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk hasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan.



0 comments: