Terdapat 2 jenis kajian tindakan menurut Creswell (2005):
1. kajian tindakan amalan (practical action research)
- melibatkan peninjauan tentang amalan pengajaran guru dalam konteks isu-isu di dalam bilik darjah.
- dijalankan sama ada melalui dirinya sendiri atau pun melibatkan rakan sejawat beliau yang mengajar mata pelajaran yang sama dengan memberi fokus terhadap amalan guru dan pembelajaran pelajar.
- guru mesti melaksanakan satu pelan tindakan bagi mencapai matlamat beliau sebagai seorang guru penyelidik (teacher as researcher).
- melibatkan kajian tentang isu-isu sosial yang menghindarkan perkembangan pelajar.
- guru perlu meninjau latar belakang sosial pelajar dan persekitaran sekolah.
- guru perlu mengadakan kolaborasi dengan komuniti atau pihak berkepentingan bagi mencari sebab musabab kenapa seseorang pelajar itu tidak boleh menguasai ilmu.
- guru boleh melaksanakan program untuk mengubah “cara hidup” pelajar (life-enhancing changes) apabila masalah pelajar dikenalpasti.
- cara ini akan menjadikan guru sebagai “emancipated researcher” ataupun guru yang membebaskan pelajarnya daripada sesuatu “belenggu” yang mencegah perkembangan pelajar.
- digelar dengan berbagai-bagai nama seperti: community-based inquiry (Stringer, 1999), collaborative action research or participatory research (Kemmis & McTaggart, 2000) atau critical action research (Mills, 2000).
0 comments:
Post a Comment